About Me

My photo
SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN, Malaysia
Nama di beri Mohamad Syaiful Nazrin Bin Jasni . Lahir pada tarikh 24 september 1989 di Bukit Mertajam , Pulau Pinang . Sekarang menetap di Sabak Bernam , Selangor . Minat dengan lagu yang bermelodikan alam semulajadi dan lagu balada dan kadang-kadang layan jugak lagu rock . Nasyid adalah salah satu kareer saya . Impian yang saya ingin capai adalah hendak ke Jepun suatu hari nanti . Mula minat dengan jepun start study kat KOLEJ KOMUNITI dulu . Minat pun dari kawan yang rekomenkan . Jejak saya bermula tika saya menonton Anime dari televisyen channel NTV7 . Anime saya yang pertama yang membawa saya minat dengan Anime dan terus membawa minat saya dengan Jepun adalah Anime SHAKUGAN NO SHANA . minat sangat tengok cerita anime ni . walaupun kartun , ia juga mendatangkan mesej yang bermakna . Dan dari situlah bermulanya minat saya dengan jepun . Blog ni saya bina khas untuk mereka yang ingin mencari ilmu lebih kurang blog ni lebihkan kepada education la not entertainment . ok have nice search ..

Sunday, May 29, 2011

Senjata Orang Jepun


        Katana () adalah pedang panjang Jepun (daitō, 大刀), walaupun ramai penduduk Jepun menggunakan perkataan ini sebagai merujuk kepada semua jenis pedang. Katana (disebut sebagai [katana]) adalah kunyomi (Sebutan Jepun) bentuk kanji ; onyomi (Sebutan Cina) adalah tō. Ia merujuk kepada pedang satu mata, melengkung yang khusus yang secara tradisi digunakan oleh samurai Jepun.
Senjata ini biasanya dipakai oleh ahli kelas pahlawan buke berpasangan dengan wakizashi, atau pedang pendek. Kedua-dua senjata secara bersama, dikenali sebagai daisho, dan melambangkan kuasa masyarakat dan maruah samurai (buke pengiring kepada daimyo). Sarung senjata scabbard bagi katana dikenali sebagai saya, dan kepingan pelindung tangan, yang direka halus sebagai hasil seni yang unik terutama pada akhir tempoh Edo, yang dikenali sebagai tsuba.
Katana biasanya digunakan untuk memotong (walaupun ia boleh digunakan untuk menikam), dan boleh digunakan dengan menggunakan satu atau dua belah tangan. (dua belah tangan lebih biasa). Katana biasanya dikenakan dengan mata pedang sebelah atas. Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, kenjutsu telah bertukar menjadi gendai budo - kesenian bela diri untuk masa kini. Kesenian menghunus katana adalah iaido (juga dikenali sebagai battō-jutsu atau iaijutsu), dan kendo adalah seni berpedang dengan shinai (pedang buluh) dengan perlindungan topi dan perisai, tambahan lagi, iaijutsu adalah bentuk bermain pedang di medan pertempuran. Sekolah pedang koryu lama masih wujud (Kashima Shinto Ryu, Kashima Shin Ryu, Katori Shinto Ryu).

No comments:

Post a Comment