About Me

My photo
SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN, Malaysia
Nama di beri Mohamad Syaiful Nazrin Bin Jasni . Lahir pada tarikh 24 september 1989 di Bukit Mertajam , Pulau Pinang . Sekarang menetap di Sabak Bernam , Selangor . Minat dengan lagu yang bermelodikan alam semulajadi dan lagu balada dan kadang-kadang layan jugak lagu rock . Nasyid adalah salah satu kareer saya . Impian yang saya ingin capai adalah hendak ke Jepun suatu hari nanti . Mula minat dengan jepun start study kat KOLEJ KOMUNITI dulu . Minat pun dari kawan yang rekomenkan . Jejak saya bermula tika saya menonton Anime dari televisyen channel NTV7 . Anime saya yang pertama yang membawa saya minat dengan Anime dan terus membawa minat saya dengan Jepun adalah Anime SHAKUGAN NO SHANA . minat sangat tengok cerita anime ni . walaupun kartun , ia juga mendatangkan mesej yang bermakna . Dan dari situlah bermulanya minat saya dengan jepun . Blog ni saya bina khas untuk mereka yang ingin mencari ilmu lebih kurang blog ni lebihkan kepada education la not entertainment . ok have nice search ..

Monday, May 30, 2011

Senibina Cina berkait rapat dengan senibina jepun ?

Istana Maharaja Dinasti Ming dan Qing di Beijing danShenyang
Tapak Warisan DuniaUNESCO





Gaya seni bina Cina merujuk kepada suatu gaya seni bina yang telah dibentukkan di Asia untuk beberapa abad. Prinsip-prinsip seni bina Cina telah kekal secara besarnya tidak berubah, perubahan utama hanya pada perincian berhiasan. Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun.
Gaya seni bina China adalah setua tamadun China. Dari setiap sumber maklumat - sastera, grafik, teladan - adanya bukti kuat menyaksikan pada nyatanya bahawa orang China telah sentiasa menggunakan sistem asli pada pembinaan yang telah mengekalkan ciri-ciri prinsip dari zaman prasejarah ke hari kini. Ke atas kawasan yang besar dari Turkistan China ke Jepun, dari Manchuria ke bahagian utara Indochina Perancis, sistem pembinaan yang sama tersebar; dan ini adalah kawasan pengaruh budaya China. Bahawa sistem ini pada pembinaan dapat sendiri hidup lamanya untuk lebih daripada empat ribu tahun ke atas suatu wilayah yang sangat besar dan masih kekal sebagai sebuah gaya seni bina hidup, mengekalkan ciri-ciri utamanya pada masa serangan asing yang berulangan - tentera, intelektual, dan rohaniah - adalah suatu fenomena yang cuma dapat dibandingkan dengan kelanjutan tamadun yang mana ia adalah suatu bahagian yang penting.
Rencana berikut memberikan penjelasan ringkas mengenai seni bina Cina tradisi, sebelum pengenalan kaedah binaan Barat semasa awal abad ke-20. Sepanjang abad ke-20, bagaimanapun, arkitek Cina yang dilatih cara Barat telah cuba menggabungkan reka bentuk Cina tradisi dengan bangunan moden (biasanya kerajaan), dengan hanya kejayaan terhad. Tambahan lagi, tekanan bagi pembangunan bandar seluruh China semasa memerlukan pembinaan pantas dan bandingan keluasan lantai lebih tinggi, yang bererti bahawa permintaan bandar besar bagi seni bina Cina, yang biasanya kurang dari 3 tingkat, telah berkurangan digantikan dengan seni bina moden. Bagaimanapun, kemahiran tradisi jurubina Cina, termasuk tukang kayu, juru batu, dan batu bata sering digunakan bagi pembinaan seni bina vernakular di kawasan pendalaman yang luas di China.

Sunday, May 29, 2011

Senjata Orang Jepun


        Katana () adalah pedang panjang Jepun (daitō, 大刀), walaupun ramai penduduk Jepun menggunakan perkataan ini sebagai merujuk kepada semua jenis pedang. Katana (disebut sebagai [katana]) adalah kunyomi (Sebutan Jepun) bentuk kanji ; onyomi (Sebutan Cina) adalah tō. Ia merujuk kepada pedang satu mata, melengkung yang khusus yang secara tradisi digunakan oleh samurai Jepun.
Senjata ini biasanya dipakai oleh ahli kelas pahlawan buke berpasangan dengan wakizashi, atau pedang pendek. Kedua-dua senjata secara bersama, dikenali sebagai daisho, dan melambangkan kuasa masyarakat dan maruah samurai (buke pengiring kepada daimyo). Sarung senjata scabbard bagi katana dikenali sebagai saya, dan kepingan pelindung tangan, yang direka halus sebagai hasil seni yang unik terutama pada akhir tempoh Edo, yang dikenali sebagai tsuba.
Katana biasanya digunakan untuk memotong (walaupun ia boleh digunakan untuk menikam), dan boleh digunakan dengan menggunakan satu atau dua belah tangan. (dua belah tangan lebih biasa). Katana biasanya dikenakan dengan mata pedang sebelah atas. Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, kenjutsu telah bertukar menjadi gendai budo - kesenian bela diri untuk masa kini. Kesenian menghunus katana adalah iaido (juga dikenali sebagai battō-jutsu atau iaijutsu), dan kendo adalah seni berpedang dengan shinai (pedang buluh) dengan perlindungan topi dan perisai, tambahan lagi, iaijutsu adalah bentuk bermain pedang di medan pertempuran. Sekolah pedang koryu lama masih wujud (Kashima Shinto Ryu, Kashima Shin Ryu, Katori Shinto Ryu).

日本文化 Budaya Jepun

hiasan dalam rumah orang jepun moden 


budaya Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon yang kukuh dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Mula-mulanya China dan Korea banyak membawa pengaruh, bermula dengan perkembangan budaya Yayoi sekitar 300 SM. Gabungan tradisi budaya Greece dan India, mempengaruhi seni dan keagamaan Jepun sejak abad ke-6 Masihi, dilengkapkan dengan pengenalan agama Buddha mazhab Mahayana. Sejak abad ke-16, pengaruh Eropah menonjol, disusuli dengan pengaruh Amerika Syarikat yang mendominasi Jepun setelah akhirnya Perang Dunia Kedua.

Jepun turut mengembangkan budaya yang original dan unik, dalam seni (ikebana, origami, ukiyo-e), kraftangan (anak patung, tembikar, persembahan (boneka bunraku, tarian tradisional, kabuki, noh,raku-go), dan tradisi (permainan Jepun, onsen, sento, majlis teh, kebun Jepun), serta makanan Jepun yang unik sekali.
Kini, Jepun merupakan salah sebuah pengeksport budaya pop yang terbesar. Anime, manga, fesyen perfileman, kesusasteraan, permainan video dan muzik Jepun menerima sambutan hangat di seluruh dunia, terutama di negara-negara Asia yang lain. Pemuda Jepun gemar mencetus trend baru dan kegemaran mengikut gaya mereka mempengaruhi fesyen dan trend seluruh dunia. Pasaran muda-mudi yang amat cemerlang membawa ujian geir kepada barang-barang pengguna elektronik yang baru, di mana gaya dan fungsinya ditentukan oleh pengguna Jepun, sebelum dipertimbangkan untuk pengedaran seluruh dunia.
Baru-baru ini Jepun mula mengeksport satu lagi komoditi budaya yang bernilai: ahli sukan. Populariti pemain besbol Jepun di Amerika Syarikat meningkatkan kesedaran warga negara Barat tersebut terhadap segalanya mengenai Jepun.
Orang Jepun biasanya gemar memakan makanan tradisi mereka. Sebahagian besar rancangan-rancangan TV pada waktu petang dikhaskan kepada penemuan dan penghasilan makanan tradisional yang bermutu. Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengan sushi, yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes wasabi. sushi digermari penduduk seluruh dunia. Makanan jepun menumpu kepada peralihan musim, dengan menghidangkan mi sejuk dan sashimi pada musim panas, manakala ramen panas dan shabu-shabu disediakan pada musim sejuk.